Sunday, January 15, 2012

Mencari....Mengenal

Apa yg kita cari sebenarnya? Sedar atau tidak sebenarnya setiap hembusan nafas ini, pencarian tidak pernah berhenti, malah tidak bertemu penghujungnya. Begitulah kehidupan kita yang tidak berhenti untuk 'mencari'. Persoalannya ialah, apa yang dicari? Kadang-kadang timbul kekeliruan dalam proses menemukan jawapan. Ada juga yang tersilap menemui noktah pencarian. Hanya disebabkan kekeliruan dalam memilih landasan dan titian yang betul sehingga menyebabkan kesesatan yang runcing. Bagi yang kuat, mungkin mencari semula jalan yang sebenar. Bagi yang jiwanya lemah, hanya mampu menjadi hamba kepada 'musuh' yang jelas. Siapa yang memberi arahan kepada kita untuk 'MENCARI'? Agak malang sekali bertahun-tahun mencari masih belum ketemui. Hakikatnya, apa yang dicari itu ada dekat dengan diri kita. Kenapa perlu mencari? Bukankah kita disuruh untuk 'MENGENAL'?  Kenalilah apa yang belum dikenal. Setakat mengenali 'nama' sahaja, itu belum cukup kenal lagi . Ini yang perlu direnung dengan Mata Hati . Kenalilah qalb yang sentiasa merindui untuk diisi oleh CINTA,KASIH & SAYANG. Kenalilah segala rasa itu untuk merasuk ke dalam arena Pencinta. Kenalilah Pencinta untuk menikmati pertemuan yang tiada kesedihan. Hati-hati berjalan.

No comments:

Post a Comment