Tuesday, July 16, 2019

Lama sudah tidak terluah
Lama sudah memendam Rasa
Kini Kembali Dari IzinNya
Untuk Mematri Segala Wujud Hanya DIA
KITAB TERSEMBUNYI
Fahamilah apa sebenarnya maksud dari kalam ini
LA MAUJUD BIHAQI ILLALLAH
Selain ALLAH Tidak Ada
Yang Ada itu hanya ALLAH
Jadi apakah sebenarnya Tujuan setiap Insan
Setelah Segalanya ALLAH...
Yang Zahir dan Bathin itu ALLAH...
Awal Akhir itu ALLAH..
Yang Menafi dan Yang diIsbatkan itu Orang yang sama, AKU kata ALLAH.....
Maka kenapa lagi mencari ALLAH Jika semuanya ALLAH.
Sudah terang yang ada itu, itulah ALLAH.
Maka itulah Nabi berpesan
Kenal DIRI maka kenalah ALLAH
Sebenarnya Mengenal DIRI membahas RASA dan KESEDARAN HAKIKI
Dahulu tidak kenal setelah Mengenal sebenarnya hanya Kesedaran namun yang Ampunya Nama tetap sama jua..
Keistimewaan Manusia adalah Mengenal siapa sebenarnya DIRI.
Kesempurnaan Manusia itu adalah dapat ISRA' MIKRAJ, Walau semua itu Hakikatnya AKU inilah Hakikatnya.
Namun cuba kita renungkan..
Malaikat juga tidak Mengenal Dirinya, jika Malaikat Mengenal DIRI sudah tentu ia nampak AKU lah Manusia itu dan ketika AKU menjadi khalifah . .
Malaikat itu tidak sesekali berkata
Apakah Allah ingin melihat Manusia berbunuhan dan saling menumpahkan darah.
inilah tanda Kalam Malaikat itu tidak Makrifat. Sungguh AKU Allah yang Mengetahui
Demikian juga cerita iblis.
jika Iblis Makrifat kenal Dirinya sudah tentu Iblis nampak ADAM itulah Wajah AKU . .
sudah tentu Iblis bersujud kepada AKU disebalik ADAM.
Kenapa Iblis tidak sujud Kepada ADAM?
Kerana Iblis tidak mempunyai RASA (perasaan) Sesempurna Manusia Yang Mengenal DIRI
Maka.. puncak Makrifat itu sebenarnya pada DIRI Peribadi supaya WUJUD hanya SATU, tidak lagi mencari-cari di mana ALLAH.
Inilah AKU seadanya dengan adanya dan ketiadaannya.
ZAHIR Nabi Muhammad itulah Wajah AKU Dan BATHIN Muhammad itulah RupaKu
Kemana Saja AKU Menghadap, itulah AKU Nyata Dengan Wajah-Wajah AKU.
Pemutus MAKRIFAT itulah AKU..
Namun ketentuan dan ketetapan AKU tetap berlangsung seperti apa yang AKU di AZALI Yang dizahirkan dan dinyatakan oleh RUH..
Maksudnya RUH itu hanya melepaskan Gerak dan kelakuan AKU..
bergeraknya RUH itu adalah gerak ketetapan dan ketentuan DI LAUH MAHFUZ-KU..
Justru, RUH itu kitab bagi JASAD .. menceritakan segala kelakuan, Rezeki, Jodoh, dan kematian Jasad, rupa Jasad dan warna kulit dan pemikiran dan bakat-bakat Jasmani semuanya sedia pada RUH yakni KITAB yang tidak akan berubah dan tidak boleh dihapus atau ditambah lagi tulisan-tulisan kitab ini..
Kembali kepada KETETAPAN dan KETENTUAN itu.. itulah yang dikatakan kembali kepada Makrifat Allah.

Sunday, January 15, 2012

Rakan,Teman & Sahabat

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia  menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.